Friday, August 5, 2011

OH TUHAN KU~~~

Oh tuhan......bertapa tidak bergunanya aku mencintai dunia yang fana ini......
dan berapa banyak yang telah aku bazirkan untuk melenturkan hati ku di atasnya..

mengapa wanita islam tidak dibenarkan bersalaman degan lelaki???

satu hari seorang lelaki British bertanya kepada seorang sarjana Islam:
"mengapa wanita islam tidak dibenarkan bersalaman degan lelaki???"

sarjana islam menjawab:
"Boleh anda bersalaman dengan Queen Elizabeth??"

lelaki british itu menjawab:
" Sudah tentu tidak, hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan untuk berjabat tangan dengan Ratu"

sarjana islam berkata kepada lelaki british tersebut:
" begitu juga dalam islam,dalam islam kami menganggap wanita-wanita sebagai permaisuri dan permaisuri tidak akan berjabat tangan dengan lelaki asing. "













Thursday, March 17, 2011

hye...dalame x bukak

ntah ap la nk jd ngn blog ni....mcm gantung x betali hehehe
xde mase la nk bukak slalu...
ad sesape nak tlg update kan x?? (^__^)

Thursday, November 25, 2010

WASIAT IMAM JAAFAR AS SHADIQ A.S KEPADA PARA SAHABATNYA

Layanilah ahli kebatilan dengan budi bahasa, bersabarlah dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Jauhilah kamu dari memarahi mereka. Jagalah peradaban apabila kamu bergaul dan berbincang dengan mereka, kerana kamu tidak dapat mengelakkan diri dari bergaul dan berbincang dengan mereka walaupun secara taqiyyah sebagaimana telah diperintahkan oleh Allah di antara kamu dan mereka.

Jauhilah lidah kamu dari tergelincir dengan kata-kata pembohongan, dosa dan permusuhan, kerana jika kamu menahan lidah kamu dari apa yang dilarang oleh Allah, adalah lebih baik bagi kamu di sisi Tuhan kamu. Kerana tergelincirnya lidah pada apa yang dilarang oleh Allah akan membawa kepada kemurkaan-Nya terhadap hamba-Nya. Allah akan menjadikannya pekak, buta dan bisu pada hari Kiamat sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2):18 “ Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka kembali ” Iaitu mereka tidak akan bercakap dan firman-Nya di dalam Surah al-Mursalaat(77): 35-36 “Ini adalah hari yang mereka tidak dapat berbicara, dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur sehingga mereka minta uzur

Perbanyakkan tahlil, takdis, tasbih, pujian kepada Allah, ibadat kepada-Nya, dan mencintai kebaikan di sisi-Nya yang tidak dapat dicapai hakikatnya oleh seseorang melainkan dengan keredaan-Nya. Justeru sibukkan lidah kamu dengan perkara-perkara tersebut. Dan jauhilah dari percakapan batil yang membuatkan pelakunya kekal di neraka jika dia mati tanpa taubat

Hendaklah kamu sentiasa berdoa kerana muslimin tidak akan mencapai kejayaan hajat mereka di sisi Tuhan yang lebih baik dari berdoa kepadaNya. Justeru sahutilah seruan Allah, nescaya kamu mendapat kejayaan dan selamat daripada azab Allah.

Jauhilah dari membiarkan diri kamu tamak kepada apa yang telah diharamkan oleh Allah ke atas kamu, kerana sesiapa melanggari apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya di dunia, maka Allah akan menghalangnya syurga, nikmat, kelazatan dan kemuliaan yang abadi.

Janganlah kamu merasa angkuh dan takbur kerana takbur itu adalah pakaian Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan pakaianNya, maka Dia akan menentangnya dan menghinanya pada hari Kiamat. Janganlah kamu melakukan kezaliman ke atas orang lain, kerana ia bukanlah daripada sifat golongan yang soleh. Lagipun kezaliman itu akan kembali kepada diri sendiri. Pertolongan Allah adalah untuk mereka yang dizalimi. Sesiapa yang ditolong oleh Allah akan menang dan kemenangan itu adalah daripada Allah.

Jauhilah perasaan hasad di kalangan kamu kerana kekufuran asalnya daripada hasad. Jauhilah kamu dari membantu [seorang] melakukan kezaliman terhadap seorang muslim yang dizalimi, lantas dia berdoa kepada Allah ke atas kamu dan diterima doanya terhadap kamu. Bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya doa seorang muslim yang dizalimi itu diterima (mustajabah). Sebahagian kamu hendaklah membantu sebahagian yang lain kerana bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya menolong muslim itu adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di Masjid Haram.

Jauhilah kamu dari menyusahkan seorangpun di kalangan saudara-saudara mukminin kamu. Sekiranya kamu menyusahkannya dengan sesuatu perkara, maka ia akan berlaku kepada kamu selepasnya kerana bapa kami Rasulullah saaw bersabda: "Seorang muslim tidak boleh menyusahkan saudara muslimnya. Dan sesiapa yang menyusahkannya, maka Allah akan menyeksanya pada hari Kiamat".

Jauhilah dari memarahi ahli kebatilan dan berpeganglah kepada petunjuk para salihin, ketenangan mereka, lemah lembut mereka, kewarakan mereka daripada perkara yang haram, kebenaran mereka, kesetiaan mereka dan ijtihad mereka kerana Allah dengan melakukan ketaatan kepadaNya. Jika kamu tidak melakukan sedemikian, maka kamu tidak akan mencapai kedudukan para salihin sebelum kamu.

Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa Allah mencintainya, maka hendaklah dia beramal dengan mentaatiNya dan mengikut kami, tidakkah dia mendengar firman Allah a.w kepada Nabi-Nya s.a.w di dalam Surah Ali Imran (3): 31 “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu”. Demi Allah, seorang hamba tidak akan mentaati Allah selama-lamanya melainkan Allah menjadikannya di kalangan pengikut-pengikut kami. Demi Allah, seorang hamba tidak mengikut kami selama-lamanya melainkan Allah mengasihinya. Demi Allah, seorang tidak akan mengetepikan seorang daripada pengikut-pengikut kami selama-lamanya melainkan dia memarahi kami. Demi Allah, seorang tidak akan memarahi kami melainkan dia menderhakai Allah. Sesiapa yang mati di dalam keadaan derhaka kepada Allah, maka Allah menghinanya dan mencampaknya ke neraka. Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.

Friday, June 18, 2010

Keutamaan Bulan Rajab

Imam Musa bin Ja’far berkata, “Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rajab, niscaya neraka menjauh darinya sejauh jarak perjalanan satu tahun. Barangsiapa berpuasa tiga hari, maka surga ditetapkan baginya.” Bulan Rajab, Sya’ban, dan Ramadhan merupakan bulan-bulan puncak kemuliaan. Banyak hadis yang menjelaskan keutamaan tiga bulan mulia ini. Diriwayatkan, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Rajab bulan agung Allah yang tak tertandingi oleh bulan-bulan lain dari sisi kemuliaan dan keutamaan. Peperangan melawan orang-orang kafir diharamkan di bulan ini. Sesungguhnya Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku, dan Ramadhan bulan umatku. Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rajab, niscaya dia memperoleh keridhaan terbesar Allah, murka Allah dijauhkan darinya, dan pintu-pintu neraka tertutup baginya.”

Imam Musa bin Ja’far berkata, “Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rajab, niscaya neraka menjauh darinya sejauh jarak perjalanan satu tahun. Barangsiapa berpuasa tiga hari, maka surga ditetapkan baginya.”

Beliau juga berkata, “Rajab merupakan sungai di surga yang lebih putih dari susu dan lebih manis ketimbang madu. Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rajab, niscaya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menuangkan baginya minuman dari sungai itu.

”Imam Ja’far al-Shadiq -shalawat dan kesejahteraan Allah tercurah bagi beliau- meriwayatkan: Rasulullah saw bersabda, “Rajab merupakan bulan mohon ampunan bagi umatku. Maka, perbanyaklah mohon ampunan (Allah) di dalamnya! Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Bulan Rajab di sebut dengan al-Ashab (yang mengalir dengan deras), lantaran al-rahmah (kasih sayang Allah) tercurah amat deras di dalamnya. Oleh karenanya, perbanyaklah kalian mengucapkan: Astaghfirullaha wa as aluhu at-taubah (Aku mohon ampunan Allah dan minta taubat pada-Nya).”

Ibnu Babawaih meriwayatkan dengan sanad otentik dari Salim yang berkata:Saya datang menemui Imam Ja’far al-Shadiq pada (akhir) bulan Rajab dan masih tersisa tiga hari. Tatkala melihatku, beliau bertanya, “Wahai Salim, berpuasakah kamu di bulan ini?”Saya menjawab, “Tidak, demi Allah, wahai putra Rasulullah!” Kemudian beliau berkata padaku, “Telah luput darimu pahala yang tidak mengetahui jumlahnya kecuali Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Sesungguhnya Allah mengutamakan bulan ini, mengagungkan kehormatannya, dan menetapkan kemuliaan-Nya bagi orang-orang yang berpuasa di dalamnya.”
Saya bertanya kepada beliau, “Wahai putra Rasulullah! Pabila saya berpuasa pada hari yang masih tersisa di bulan ini, maka dapatkah saya mencapai keberuntungan dari sebagian pahala orang-orang yang berpuasa di dalamnya?”
Beliau menjawab, “Wahai Salim! Barangsiapa berpuasa satu hari pada akhir bulan ini, maka hal itu menjadi pelindung baginya dari ketakutan saat sakaratul maut (menjelang kematian), serta perlindungan baginya dari bahaya mengerikan dan siksa kubur. Barangsiapa berpuasa dua hari pada akhir bulan Rajab ini, maka dengan puasa itu dia berhak mendapatkan surat ijin melintasi al-shirat. Barangsiapa berpuasa tiga hari pada akhir bulan ini, niscaya pada hari kiamat dia aman dari bahaya mengerikan dan bencana, serta dia diberi pembebasan dari api neraka.”


Diriwayatkan pula, bahwa puasa bulan Rajab memiliki banyak keutamaan. Barangsiapa tidak mampu berpuasa di bulan ini, hendaknya dia membaca tasbih berikut ini sebanyak seratus kali agar bisa mencapai pahala puasa di dalamnya.Subhâna al-ilâhil jalîl. Subhâna man lâ yanbaghi al-tasbîhu illâ lahu. Subhana al-A’azzi al-Akram. Subhâna man labisa al-‘Izza wa huwa lahu ahlun. (100 X) Amalan Bulan RajabAmalan Rajab terbagi dalam dua bagian, yaitu:Bagian Pertama: Amalan umum yang dikerjakan di semua bulan dan tidak dikhususkan pada hari-hari tertentu. Di antaranya:


1. Membaca doa berikut ini setiap usai mengerjakan shalat wajib harian:Artinya: “Wahai Yang aku berharap pada-Nya dalam setiap kebaikan dan aku berlindung dari murka-Nya pada setiap kejahatan. Wahai Yang memberi karunia banyak dengan adanya sedikit amal. Wahai Yang memberi sesiapa yang minta pada-Nya! Wahai Yang memberi sesiapa yang tidak minta pada-Nya dan tidak pula mengenal-Nya sebagai tanda belas kasih dan sayang dari-Nya! Berilah aku, lantaran permintaanku yang hanya ditujukan pada-Mu, seluruh kebaikan dunia dan seluruh kebaikan akhirat. Dan jauhkanlah aku, lantaran permintaanku yang hanya ditujukan pada-Mu, seluruh kejahatan dunia dan kejahatan akhirat. Sesungguhnya tidak berkurang apa yang Engkau berikan. Tambahkan karunia-Mu padaku, wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Pemilik anugerah dan kedermawanan! Wahai Pemilik karunia dan pemberian! Jauhkan keadaan tuaku dari api neraka!”

2. Nabi saw bersabda, “Barangsiapa pada bulan Rajab mengucapkan: astaghfirullaha alladzi lâ ilâha illa huwa wahdahu lâ syarîka lahu wa atûbu ilaihi sebanyak seratus kali dan menutupnya dengan sedekah, niscaya Allah menutup usianya dengan rahmat dan ampunan. Barangsiapa mengucapkannya sebanyak empat ratus kali, niscaya Allah menetapkan baginya pahala seratus orang syahid.


3. Beliau saw bersabda, “Barangsiapa pada bulan Rajab mengucapkan: Lâ ilâha illallahu sebanyak 1.000 kali, niscaya Allah menetapkan baginya 100.000 kebaikan dan dan membangun untuknya sebuah kota di surga.”


4. Dalam sebuah hadis disebutkan, “Barangsiapa memohon ampunan kepada Allah sebanyak 70 kali di waktu pagi dan 70 kali di waktu petang, yaitu dia mengucapkan: Astaghfirullaha wa as aluhu at-taubah (Aku mohon ampunan Allah dan minta taubah pada-Nya); kemudian pabila telah genap tujuh puluh kali dia mengangkat kedua tangannya seraya berdoa: Allahumma ighfir lî wa tub ‘alayya (Ya Allah, ampunilah dosaku dan berikan taubat padaku), maka jika dia mati pada bulan Rajab niscaya dia mati dalam keadaan Allah rela padanya dan api neraka tidak bakal menyentuhnya berkat bulan Rajab.”

5. Memohon ampunan Allah pada bulan ini sebanyak 1000 kali, yaitu mengucapkan: astaghfirullaha dzal jalâli wal ikrâm min jamî i al-dzunûb wa al-âtsâm, (Aku mohon ampunan Allah, sang Pemilik keagungan dan kemuliaan, dari seluruh perbuatan dosa dan nista) niscaya Allah Yang Maha Pengasih mengampuni dosa-dosanya.


Bagian Kedua: Amalan khusus pada waktu siang dan malam bulan Rajab.


Hari kedua puluh lima: Pada hari ini, tahun 183 H merupakan hari wafat Imam Musa bin Ja’far al-Kadhim di Baghdad (Iraq) di usia 55 tahun. Yaitu hari yang kembali menimbulkan kesedihan keluarga suci Nabi Muhammad dan pengikut setia mereka.Malam hari kedua puluh tujuh: Yaitu malam pengangkatan kenabian dan termasuk di antara malam-malam penuh berkah. Di dalamnya terdapat beberapa amalan, antara lain:Imam Muhammad al-Jawad berkata, “Pada bulan Rajab terdapat suatu malam yang lebih baik bagi umat manusia daripada apa yang diterbitkan matahari, yaitu malam kedua puluh tujuh yang mana Rasulullah saw diangkat sebagai Nabi pada keesokan harinya. Pengikut setia kami yang beramal pada malam itu akan mendapatkan pahala amal ibadah selama enam puluh tahun.”


Ada orang yang bertanya pada beliau, “Amal apa yang baik dilakukan pada malam itu?”Beliau menjawab, “Apabila kamu selesai mengerjakan shalat Isya’, kemudian kamu tidur dan terbangun menjelang pertengahan malam. Pada saat itulah, hendaknya kamu mengerjakan shalat dua belas rakaat (2 rakaat X 6,). Pada setiap rakaat pertama membaca al-Fatihah dan (salah satu) surat pendek dari surat-surat al-Mufashshal. Dan surat-surat al-Mufashshal adalah surat Muhammad hingga surat terakhir al-Quran. Ucapkan salam setiap mengerjakan dua rakaat. Usai mengerjakan semua shalat (12 rakaat), hendaknya kamu tetap duduk setelah salam dan membaca surat al-Fatihah sebanyak 7 kali, surat al-Falaq 7 kali, surat al-Nâs 7 kali, surat al-Ikhlas 7 kali, surat al-Kafirûn 7 kali, surat al-Qadar 7 kali, dan ayat Kursi 7 kali. Setelah itu, kamu berdoa:


Alhamdulillahi alladzi lam yattakhidz waladan walam yakun lahu syarîkum fil mulki wa lam yakun lahu waliyyun minadz dzulli wa kabbirhu takbîran. Allahumma inni as aluka bima’aqidi ‘Izzika ‘ala arkâni ‘Arsyika wa muntaha al-rahmah min kitâbika wa bismika al-A’dhami al-A’dhami al-A’dhami wa dzikrika al-A’la al-A’la al-A’la wa bikalimatika al-tâmmât, an tushalliya ‘ala Muhammadin wa âli wa an taf’ala bî mâ anta ahluh.”

Saturday, May 22, 2010

KEKUFURAN MENURUT AL QURAN

Az Zubairi mengatakan bahawa dia berkata kepada Imam Jaafar as Shadiq as, "Sampaikanlah kepadaku ada berapa banyak ragam al-kufr menurut kitab Allah?"

Imam Jaafar as Shadiq as berkata, "Kekufuran menurut kitab Allah, ada lima ragam. Ada kekufuran penolakan(dan penolakan ada dua ragam), dan kekufuran pengabaian terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah, dan kekufuran pemungkiran dan kekufuran tidak tahu berterima kasih.

1. Ragam pertama, kekufuran penolakan, iaitu menolak posisi Tuhan. Ini adalah perbicaraan orang-orang yang mengatakan, "Tiidak ada Tuhan (iaitu Pencipta), juga tiada syurga maupun neraka". Ini adalah kata dua kelompok orang kafir yang disebut ateis.

Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa", ((QS Al Jatsiyah (45):24)

Ini adalah sebuah agama yang diciptakan oleh mereka karena nampak baik dan bermanfaat bagi mereka, tetapi mereka tidak mempunyai bukti kuat untuk mendukung pandangan mereka. Sebab itulah Allah berfirman tentang mereka,

...dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (QS Al Jatsiyah (45):24)

Itulah sesungguhnya yang mereka katakan. Dan Allah juga berfirman,

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. (QS Al Baqarah (2): 6)

2. Ragam kedua,itu adalah penolakan setelah mereka mendapatkan pengetahuan, itu artinya bahawa si penolak menolak (eksistensi Tuhan), tetapi dia tahu benar bahawa Dia adalah kebenaran, realitas dan dia meyakini itu (di dalam hatinya)

Dan Allah berfirman mengenai orang-orang semacam itu,

Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan, padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. (QS An Naml (27): 14)

Dan setelah datang kepada mereka Al-Qur'an dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya. Maka la'nat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu. (QS Al Baqarah (2):89)

Inilah penjelasan tentang dua ragam penafian

3. Ragam ketiga dari kekufuran adalah tidak tahu berterima kasih atas karunia-karunia (Allah), dan seperti firman Allah yang mengutip kata-kata Nabi Sulaiman as,

"Ini termasuk kurnia Rabbku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan ni'mat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rabbku Maha Kaya lagi Maha Mulia". (QS An Naml (27):40)

Dan (ingatlah juga), takala Rabbmu mema'lumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS Ibrahim (14):7)

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu 98, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (ni'mat)-Ku. (QS Al Baqarah (2):152)

Dalam semua ayat ini, Allah menggunakan kata al kufr=kekufuran, menunjukkan tidak tahu berterima kasih, dan sikap tidak berterima kasih

4. Ragam yang keempat dari kekufuran adalah mengabaikan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, seperti firmanNya,

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu (yaitu): Kamu tidak akan menumpahkan darahmu (membunuh orang), dan kamu tidak akan mengusir dirimu (saudaramu sebangsa) dari kampung halamanmu, kemudian kamu berikrar (akan memenuhi) sedang kamu mempersaksikannya.
Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudaramu sebangsa) dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu-membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebagian dari Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebagian yang lain? (QS Al Baqarah (2): 84-85)

Dalam ayat ini, Allah mendakwa mereka dengan kekufuran karena mereka tidak mengikuti perintah Allah, (mesti dicatat bahawa) Allah telah (dalam ayat ini) menghubungkan mereka dengan iman, namun Dia tidak menerima itu dari mereka dan itu tidak memberi manfaat kepada mereka di hadapan Allah. Karena itu, Allah (selanjutnya) berfirman,

Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat". (QS Al Baqarah (2):85)

5. Dan ragam kelima dari kekufuran adalah penyangkalan. Allah berfirman, mengutip perkataan Ibrahim as,

"Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja". (QS Al Mumtahanah (60):4)

iaitu, kami tidak mengakui kamu. Dan Dia berfirman, menggambarkan Iblis dan sikapnya yang menyangkal teman-temannya dari kalangan umat manusia pada hari kebangkitan,

"....Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". (QS Ibrahim (14):22)

Dan Dia juga berfirman,

Dan berkata Ibrahim: "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalm kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain) (QS Al Ankabut (29):25)

iaitu sebagian dari kamu akan menjauhi sebagian yang lain.

Demikianlah 5 ragam kekufuran menurut al Quran seperti yang dijelaskan oleh Imam Jaafar as Shadiq as

[Di petik dari Tafsir al Mizan]