Friday, August 5, 2011

OH TUHAN KU~~~

Oh tuhan......bertapa tidak bergunanya aku mencintai dunia yang fana ini......
dan berapa banyak yang telah aku bazirkan untuk melenturkan hati ku di atasnya..

mengapa wanita islam tidak dibenarkan bersalaman degan lelaki???

satu hari seorang lelaki British bertanya kepada seorang sarjana Islam:
"mengapa wanita islam tidak dibenarkan bersalaman degan lelaki???"

sarjana islam menjawab:
"Boleh anda bersalaman dengan Queen Elizabeth??"

lelaki british itu menjawab:
" Sudah tentu tidak, hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan untuk berjabat tangan dengan Ratu"

sarjana islam berkata kepada lelaki british tersebut:
" begitu juga dalam islam,dalam islam kami menganggap wanita-wanita sebagai permaisuri dan permaisuri tidak akan berjabat tangan dengan lelaki asing. "













Thursday, March 17, 2011

hye...dalame x bukak

ntah ap la nk jd ngn blog ni....mcm gantung x betali hehehe
xde mase la nk bukak slalu...
ad sesape nak tlg update kan x?? (^__^)

Thursday, November 25, 2010

WASIAT IMAM JAAFAR AS SHADIQ A.S KEPADA PARA SAHABATNYA

Layanilah ahli kebatilan dengan budi bahasa, bersabarlah dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Jauhilah kamu dari memarahi mereka. Jagalah peradaban apabila kamu bergaul dan berbincang dengan mereka, kerana kamu tidak dapat mengelakkan diri dari bergaul dan berbincang dengan mereka walaupun secara taqiyyah sebagaimana telah diperintahkan oleh Allah di antara kamu dan mereka.

Jauhilah lidah kamu dari tergelincir dengan kata-kata pembohongan, dosa dan permusuhan, kerana jika kamu menahan lidah kamu dari apa yang dilarang oleh Allah, adalah lebih baik bagi kamu di sisi Tuhan kamu. Kerana tergelincirnya lidah pada apa yang dilarang oleh Allah akan membawa kepada kemurkaan-Nya terhadap hamba-Nya. Allah akan menjadikannya pekak, buta dan bisu pada hari Kiamat sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2):18 “ Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka kembali ” Iaitu mereka tidak akan bercakap dan firman-Nya di dalam Surah al-Mursalaat(77): 35-36 “Ini adalah hari yang mereka tidak dapat berbicara, dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur sehingga mereka minta uzur

Perbanyakkan tahlil, takdis, tasbih, pujian kepada Allah, ibadat kepada-Nya, dan mencintai kebaikan di sisi-Nya yang tidak dapat dicapai hakikatnya oleh seseorang melainkan dengan keredaan-Nya. Justeru sibukkan lidah kamu dengan perkara-perkara tersebut. Dan jauhilah dari percakapan batil yang membuatkan pelakunya kekal di neraka jika dia mati tanpa taubat

Hendaklah kamu sentiasa berdoa kerana muslimin tidak akan mencapai kejayaan hajat mereka di sisi Tuhan yang lebih baik dari berdoa kepadaNya. Justeru sahutilah seruan Allah, nescaya kamu mendapat kejayaan dan selamat daripada azab Allah.

Jauhilah dari membiarkan diri kamu tamak kepada apa yang telah diharamkan oleh Allah ke atas kamu, kerana sesiapa melanggari apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya di dunia, maka Allah akan menghalangnya syurga, nikmat, kelazatan dan kemuliaan yang abadi.

Janganlah kamu merasa angkuh dan takbur kerana takbur itu adalah pakaian Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan pakaianNya, maka Dia akan menentangnya dan menghinanya pada hari Kiamat. Janganlah kamu melakukan kezaliman ke atas orang lain, kerana ia bukanlah daripada sifat golongan yang soleh. Lagipun kezaliman itu akan kembali kepada diri sendiri. Pertolongan Allah adalah untuk mereka yang dizalimi. Sesiapa yang ditolong oleh Allah akan menang dan kemenangan itu adalah daripada Allah.

Jauhilah perasaan hasad di kalangan kamu kerana kekufuran asalnya daripada hasad. Jauhilah kamu dari membantu [seorang] melakukan kezaliman terhadap seorang muslim yang dizalimi, lantas dia berdoa kepada Allah ke atas kamu dan diterima doanya terhadap kamu. Bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya doa seorang muslim yang dizalimi itu diterima (mustajabah). Sebahagian kamu hendaklah membantu sebahagian yang lain kerana bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya menolong muslim itu adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di Masjid Haram.

Jauhilah kamu dari menyusahkan seorangpun di kalangan saudara-saudara mukminin kamu. Sekiranya kamu menyusahkannya dengan sesuatu perkara, maka ia akan berlaku kepada kamu selepasnya kerana bapa kami Rasulullah saaw bersabda: "Seorang muslim tidak boleh menyusahkan saudara muslimnya. Dan sesiapa yang menyusahkannya, maka Allah akan menyeksanya pada hari Kiamat".

Jauhilah dari memarahi ahli kebatilan dan berpeganglah kepada petunjuk para salihin, ketenangan mereka, lemah lembut mereka, kewarakan mereka daripada perkara yang haram, kebenaran mereka, kesetiaan mereka dan ijtihad mereka kerana Allah dengan melakukan ketaatan kepadaNya. Jika kamu tidak melakukan sedemikian, maka kamu tidak akan mencapai kedudukan para salihin sebelum kamu.

Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa Allah mencintainya, maka hendaklah dia beramal dengan mentaatiNya dan mengikut kami, tidakkah dia mendengar firman Allah a.w kepada Nabi-Nya s.a.w di dalam Surah Ali Imran (3): 31 “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu”. Demi Allah, seorang hamba tidak akan mentaati Allah selama-lamanya melainkan Allah menjadikannya di kalangan pengikut-pengikut kami. Demi Allah, seorang hamba tidak mengikut kami selama-lamanya melainkan Allah mengasihinya. Demi Allah, seorang tidak akan mengetepikan seorang daripada pengikut-pengikut kami selama-lamanya melainkan dia memarahi kami. Demi Allah, seorang tidak akan memarahi kami melainkan dia menderhakai Allah. Sesiapa yang mati di dalam keadaan derhaka kepada Allah, maka Allah menghinanya dan mencampaknya ke neraka. Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.

Friday, June 18, 2010

Keutamaan Bulan Rajab

Imam Musa bin Ja’far berkata, “Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rajab, niscaya neraka menjauh darinya sejauh jarak perjalanan satu tahun. Barangsiapa berpuasa tiga hari, maka surga ditetapkan baginya.” Bulan Rajab, Sya’ban, dan Ramadhan merupakan bulan-bulan puncak kemuliaan. Banyak hadis yang menjelaskan keutamaan tiga bulan mulia ini. Diriwayatkan, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Rajab bulan agung Allah yang tak tertandingi oleh bulan-bulan lain dari sisi kemuliaan dan keutamaan. Peperangan melawan orang-orang kafir diharamkan di bulan ini. Sesungguhnya Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku, dan Ramadhan bulan umatku. Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rajab, niscaya dia memperoleh keridhaan terbesar Allah, murka Allah dijauhkan darinya, dan pintu-pintu neraka tertutup baginya.”

Imam Musa bin Ja’far berkata, “Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rajab, niscaya neraka menjauh darinya sejauh jarak perjalanan satu tahun. Barangsiapa berpuasa tiga hari, maka surga ditetapkan baginya.”

Beliau juga berkata, “Rajab merupakan sungai di surga yang lebih putih dari susu dan lebih manis ketimbang madu. Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rajab, niscaya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menuangkan baginya minuman dari sungai itu.

”Imam Ja’far al-Shadiq -shalawat dan kesejahteraan Allah tercurah bagi beliau- meriwayatkan: Rasulullah saw bersabda, “Rajab merupakan bulan mohon ampunan bagi umatku. Maka, perbanyaklah mohon ampunan (Allah) di dalamnya! Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Bulan Rajab di sebut dengan al-Ashab (yang mengalir dengan deras), lantaran al-rahmah (kasih sayang Allah) tercurah amat deras di dalamnya. Oleh karenanya, perbanyaklah kalian mengucapkan: Astaghfirullaha wa as aluhu at-taubah (Aku mohon ampunan Allah dan minta taubat pada-Nya).”

Ibnu Babawaih meriwayatkan dengan sanad otentik dari Salim yang berkata:Saya datang menemui Imam Ja’far al-Shadiq pada (akhir) bulan Rajab dan masih tersisa tiga hari. Tatkala melihatku, beliau bertanya, “Wahai Salim, berpuasakah kamu di bulan ini?”Saya menjawab, “Tidak, demi Allah, wahai putra Rasulullah!” Kemudian beliau berkata padaku, “Telah luput darimu pahala yang tidak mengetahui jumlahnya kecuali Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Sesungguhnya Allah mengutamakan bulan ini, mengagungkan kehormatannya, dan menetapkan kemuliaan-Nya bagi orang-orang yang berpuasa di dalamnya.”
Saya bertanya kepada beliau, “Wahai putra Rasulullah! Pabila saya berpuasa pada hari yang masih tersisa di bulan ini, maka dapatkah saya mencapai keberuntungan dari sebagian pahala orang-orang yang berpuasa di dalamnya?”
Beliau menjawab, “Wahai Salim! Barangsiapa berpuasa satu hari pada akhir bulan ini, maka hal itu menjadi pelindung baginya dari ketakutan saat sakaratul maut (menjelang kematian), serta perlindungan baginya dari bahaya mengerikan dan siksa kubur. Barangsiapa berpuasa dua hari pada akhir bulan Rajab ini, maka dengan puasa itu dia berhak mendapatkan surat ijin melintasi al-shirat. Barangsiapa berpuasa tiga hari pada akhir bulan ini, niscaya pada hari kiamat dia aman dari bahaya mengerikan dan bencana, serta dia diberi pembebasan dari api neraka.”


Diriwayatkan pula, bahwa puasa bulan Rajab memiliki banyak keutamaan. Barangsiapa tidak mampu berpuasa di bulan ini, hendaknya dia membaca tasbih berikut ini sebanyak seratus kali agar bisa mencapai pahala puasa di dalamnya.Subhâna al-ilâhil jalîl. Subhâna man lâ yanbaghi al-tasbîhu illâ lahu. Subhana al-A’azzi al-Akram. Subhâna man labisa al-‘Izza wa huwa lahu ahlun. (100 X) Amalan Bulan RajabAmalan Rajab terbagi dalam dua bagian, yaitu:Bagian Pertama: Amalan umum yang dikerjakan di semua bulan dan tidak dikhususkan pada hari-hari tertentu. Di antaranya:


1. Membaca doa berikut ini setiap usai mengerjakan shalat wajib harian:Artinya: “Wahai Yang aku berharap pada-Nya dalam setiap kebaikan dan aku berlindung dari murka-Nya pada setiap kejahatan. Wahai Yang memberi karunia banyak dengan adanya sedikit amal. Wahai Yang memberi sesiapa yang minta pada-Nya! Wahai Yang memberi sesiapa yang tidak minta pada-Nya dan tidak pula mengenal-Nya sebagai tanda belas kasih dan sayang dari-Nya! Berilah aku, lantaran permintaanku yang hanya ditujukan pada-Mu, seluruh kebaikan dunia dan seluruh kebaikan akhirat. Dan jauhkanlah aku, lantaran permintaanku yang hanya ditujukan pada-Mu, seluruh kejahatan dunia dan kejahatan akhirat. Sesungguhnya tidak berkurang apa yang Engkau berikan. Tambahkan karunia-Mu padaku, wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Pemilik anugerah dan kedermawanan! Wahai Pemilik karunia dan pemberian! Jauhkan keadaan tuaku dari api neraka!”

2. Nabi saw bersabda, “Barangsiapa pada bulan Rajab mengucapkan: astaghfirullaha alladzi lâ ilâha illa huwa wahdahu lâ syarîka lahu wa atûbu ilaihi sebanyak seratus kali dan menutupnya dengan sedekah, niscaya Allah menutup usianya dengan rahmat dan ampunan. Barangsiapa mengucapkannya sebanyak empat ratus kali, niscaya Allah menetapkan baginya pahala seratus orang syahid.


3. Beliau saw bersabda, “Barangsiapa pada bulan Rajab mengucapkan: Lâ ilâha illallahu sebanyak 1.000 kali, niscaya Allah menetapkan baginya 100.000 kebaikan dan dan membangun untuknya sebuah kota di surga.”


4. Dalam sebuah hadis disebutkan, “Barangsiapa memohon ampunan kepada Allah sebanyak 70 kali di waktu pagi dan 70 kali di waktu petang, yaitu dia mengucapkan: Astaghfirullaha wa as aluhu at-taubah (Aku mohon ampunan Allah dan minta taubah pada-Nya); kemudian pabila telah genap tujuh puluh kali dia mengangkat kedua tangannya seraya berdoa: Allahumma ighfir lî wa tub ‘alayya (Ya Allah, ampunilah dosaku dan berikan taubat padaku), maka jika dia mati pada bulan Rajab niscaya dia mati dalam keadaan Allah rela padanya dan api neraka tidak bakal menyentuhnya berkat bulan Rajab.”

5. Memohon ampunan Allah pada bulan ini sebanyak 1000 kali, yaitu mengucapkan: astaghfirullaha dzal jalâli wal ikrâm min jamî i al-dzunûb wa al-âtsâm, (Aku mohon ampunan Allah, sang Pemilik keagungan dan kemuliaan, dari seluruh perbuatan dosa dan nista) niscaya Allah Yang Maha Pengasih mengampuni dosa-dosanya.


Bagian Kedua: Amalan khusus pada waktu siang dan malam bulan Rajab.


Hari kedua puluh lima: Pada hari ini, tahun 183 H merupakan hari wafat Imam Musa bin Ja’far al-Kadhim di Baghdad (Iraq) di usia 55 tahun. Yaitu hari yang kembali menimbulkan kesedihan keluarga suci Nabi Muhammad dan pengikut setia mereka.Malam hari kedua puluh tujuh: Yaitu malam pengangkatan kenabian dan termasuk di antara malam-malam penuh berkah. Di dalamnya terdapat beberapa amalan, antara lain:Imam Muhammad al-Jawad berkata, “Pada bulan Rajab terdapat suatu malam yang lebih baik bagi umat manusia daripada apa yang diterbitkan matahari, yaitu malam kedua puluh tujuh yang mana Rasulullah saw diangkat sebagai Nabi pada keesokan harinya. Pengikut setia kami yang beramal pada malam itu akan mendapatkan pahala amal ibadah selama enam puluh tahun.”


Ada orang yang bertanya pada beliau, “Amal apa yang baik dilakukan pada malam itu?”Beliau menjawab, “Apabila kamu selesai mengerjakan shalat Isya’, kemudian kamu tidur dan terbangun menjelang pertengahan malam. Pada saat itulah, hendaknya kamu mengerjakan shalat dua belas rakaat (2 rakaat X 6,). Pada setiap rakaat pertama membaca al-Fatihah dan (salah satu) surat pendek dari surat-surat al-Mufashshal. Dan surat-surat al-Mufashshal adalah surat Muhammad hingga surat terakhir al-Quran. Ucapkan salam setiap mengerjakan dua rakaat. Usai mengerjakan semua shalat (12 rakaat), hendaknya kamu tetap duduk setelah salam dan membaca surat al-Fatihah sebanyak 7 kali, surat al-Falaq 7 kali, surat al-Nâs 7 kali, surat al-Ikhlas 7 kali, surat al-Kafirûn 7 kali, surat al-Qadar 7 kali, dan ayat Kursi 7 kali. Setelah itu, kamu berdoa:


Alhamdulillahi alladzi lam yattakhidz waladan walam yakun lahu syarîkum fil mulki wa lam yakun lahu waliyyun minadz dzulli wa kabbirhu takbîran. Allahumma inni as aluka bima’aqidi ‘Izzika ‘ala arkâni ‘Arsyika wa muntaha al-rahmah min kitâbika wa bismika al-A’dhami al-A’dhami al-A’dhami wa dzikrika al-A’la al-A’la al-A’la wa bikalimatika al-tâmmât, an tushalliya ‘ala Muhammadin wa âli wa an taf’ala bî mâ anta ahluh.”

Saturday, May 22, 2010

KEKUFURAN MENURUT AL QURAN

Az Zubairi mengatakan bahawa dia berkata kepada Imam Jaafar as Shadiq as, "Sampaikanlah kepadaku ada berapa banyak ragam al-kufr menurut kitab Allah?"

Imam Jaafar as Shadiq as berkata, "Kekufuran menurut kitab Allah, ada lima ragam. Ada kekufuran penolakan(dan penolakan ada dua ragam), dan kekufuran pengabaian terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah, dan kekufuran pemungkiran dan kekufuran tidak tahu berterima kasih.

1. Ragam pertama, kekufuran penolakan, iaitu menolak posisi Tuhan. Ini adalah perbicaraan orang-orang yang mengatakan, "Tiidak ada Tuhan (iaitu Pencipta), juga tiada syurga maupun neraka". Ini adalah kata dua kelompok orang kafir yang disebut ateis.

Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa", ((QS Al Jatsiyah (45):24)

Ini adalah sebuah agama yang diciptakan oleh mereka karena nampak baik dan bermanfaat bagi mereka, tetapi mereka tidak mempunyai bukti kuat untuk mendukung pandangan mereka. Sebab itulah Allah berfirman tentang mereka,

...dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (QS Al Jatsiyah (45):24)

Itulah sesungguhnya yang mereka katakan. Dan Allah juga berfirman,

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. (QS Al Baqarah (2): 6)

2. Ragam kedua,itu adalah penolakan setelah mereka mendapatkan pengetahuan, itu artinya bahawa si penolak menolak (eksistensi Tuhan), tetapi dia tahu benar bahawa Dia adalah kebenaran, realitas dan dia meyakini itu (di dalam hatinya)

Dan Allah berfirman mengenai orang-orang semacam itu,

Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan, padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. (QS An Naml (27): 14)

Dan setelah datang kepada mereka Al-Qur'an dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya. Maka la'nat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu. (QS Al Baqarah (2):89)

Inilah penjelasan tentang dua ragam penafian

3. Ragam ketiga dari kekufuran adalah tidak tahu berterima kasih atas karunia-karunia (Allah), dan seperti firman Allah yang mengutip kata-kata Nabi Sulaiman as,

"Ini termasuk kurnia Rabbku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan ni'mat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rabbku Maha Kaya lagi Maha Mulia". (QS An Naml (27):40)

Dan (ingatlah juga), takala Rabbmu mema'lumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS Ibrahim (14):7)

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu 98, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (ni'mat)-Ku. (QS Al Baqarah (2):152)

Dalam semua ayat ini, Allah menggunakan kata al kufr=kekufuran, menunjukkan tidak tahu berterima kasih, dan sikap tidak berterima kasih

4. Ragam yang keempat dari kekufuran adalah mengabaikan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, seperti firmanNya,

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu (yaitu): Kamu tidak akan menumpahkan darahmu (membunuh orang), dan kamu tidak akan mengusir dirimu (saudaramu sebangsa) dari kampung halamanmu, kemudian kamu berikrar (akan memenuhi) sedang kamu mempersaksikannya.
Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudaramu sebangsa) dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu-membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebagian dari Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebagian yang lain? (QS Al Baqarah (2): 84-85)

Dalam ayat ini, Allah mendakwa mereka dengan kekufuran karena mereka tidak mengikuti perintah Allah, (mesti dicatat bahawa) Allah telah (dalam ayat ini) menghubungkan mereka dengan iman, namun Dia tidak menerima itu dari mereka dan itu tidak memberi manfaat kepada mereka di hadapan Allah. Karena itu, Allah (selanjutnya) berfirman,

Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat". (QS Al Baqarah (2):85)

5. Dan ragam kelima dari kekufuran adalah penyangkalan. Allah berfirman, mengutip perkataan Ibrahim as,

"Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja". (QS Al Mumtahanah (60):4)

iaitu, kami tidak mengakui kamu. Dan Dia berfirman, menggambarkan Iblis dan sikapnya yang menyangkal teman-temannya dari kalangan umat manusia pada hari kebangkitan,

"....Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". (QS Ibrahim (14):22)

Dan Dia juga berfirman,

Dan berkata Ibrahim: "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalm kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain) (QS Al Ankabut (29):25)

iaitu sebagian dari kamu akan menjauhi sebagian yang lain.

Demikianlah 5 ragam kekufuran menurut al Quran seperti yang dijelaskan oleh Imam Jaafar as Shadiq as

[Di petik dari Tafsir al Mizan]

Saturday, May 15, 2010

ALL THAT I WANT

Bring me the rainbow bring me the rain
Bring me the sunshines now and again
....Tell me a story tell me a tale
....Tell me a secret of the ocean sail
Show me the darkness show me the light
Show me the truth with all your might
....Paint me a picture paint me a dream
....Paint me a beauty as real as it seem
Play me a flute play me a song
Play me a sweet melody and make me strong
....Burn me a candle burn me a flame
....Burn me a heart that feels the same
Cry me a river cry me an ocean
Cry me a feeling which has been stolen
....Hold me a memory hold me a fantasy
....Hold me a true friendship's reality
Bring me the moon bring me the sun
Bring me all the daylight's fun
....Fill me a myth fill me a dream
....Fill me with milk and honey and make it gleam
Touch me softly touch me tender
Touch me with your love and make my heart better.

Monday, May 10, 2010

persiapan untuk mati.....

Imam Ali as berkata, “Persiapan untuk mati ialah melaksanakan segala kewajiban yang diperintahkan Allah, meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah, dan berakhlak mulia. Dengan tiga hal ini tidak akan ada hal lain yang lebih berarti dan dia sudah siap menjemput kematian.”

Friday, May 7, 2010

Keutamaan Ahlul Bait Rasul as

Keutamaan Ahlul Bait Rasul as

Hanash Kanani meriwayatkan “aku melihat Abu Dzar memegang pintu ka’bah (baitullah)dan berkata”wahai manusia jika engkau mengenalku aku adalah yang engkau kenal,jika tidak maka aku adalah Abu Dzar.Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Ahlul BaitKu seperti perahu Nabi Nuh,barangsiapa menaikinya mereka akan selamat dan barangsiapa yang tidak mengikutinya maka mereka akan tenggelam”.

Hadis riwayat Hakim dalam Mustadrak Ash Shahihain jilid 2 hal 343 dan Al Hakim menyatakan bahwa hadis ini shahih.

Ibnu Abbas berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda”Bintang-bintang adalah petunjuk keselamatan penghuni bumi dari bahaya tenggelam di tengah lautan.Adapun Ahlul BaitKu adalah petunjuk keselamatan bagi umatKu dari perpecahan.Maka apabila ada kabilah arab yang berlawanan jalan dengan Mereka niscaya akan berpecah belah dan menjadi partai iblis”.

Hadis riwayat Al Hakim dalam Mustadrak Ash Shahihain jilid 3 hal 149, Al Hakim menyatakan bahwa hadis ini shahih sesuai persyaratan Bukhari Muslim.

Bahwa Rasulullah SAW bersabda “Wahai manusia sesungguhnya Aku meninggalkan untuk kalian apa yang jika kalian berpegang kepadanya niscaya kalian tidak akan sesat ,Kitab Allah dan Itrati Ahlul BaitKu”.

Hadis riwayat Tirmidzi, Ahmad, Thabrani, Thahawi dan dishahihkan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albany dalam kitabnya Silsilah Al Hadits Al Shahihah no 1761.

Keutamaan Sayyidah Fathimah Az Zahra as

Rasulullah SAW bersabda” Wanita penghuni surga yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah binti Mazahim istri Firaun.

Hadis shahih riwayat Ahmad,Thabrani,Hakim,Thahawi dalam Shahih Al Jami’As Saghir no 1135 dan Silsilah Al Hadits Al Shahihah no1508.

Bahwa ada malaikat yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata “sesungguhnya Fathimah adalah penghulu seluruh wanita di dalam surga”.

Hadis riwayat Al Hakim dalam Al Mustadrak dengan sanad yang baik.

Rasululah SAW bersabda kepada Fathimah“Tidakkah Engkau senang jika Engkau menjadi penghulu bagi wanita seluruh alam”

Hadis riwayat Al Bukhari dalam kitab Al Maghazi .

Aisyah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Fathimah, tidakkah anda puas menjadi sayyidah dari wanita sedunia (atau) menjadi wanita tertinggi dari semua wanita dari ummat ini atau wanita mukmin”

Hadis dalam Sahih Bukhari jilid VIII, Sahih Muslim jilid VII, Sunan Ibnu Majah jilid I hlm 518 , Musnad Ahmad bin Hanbal jilid VI hlm 282, Mustadrak Al Hakim jilid III hlm156.

Bahwa Rasulullah SAW bersabda “Fathimah adalah bahagian dariku, barangsiapa yang membuatnya marah, membuatku marah!”

Hadis riwayat Bukhari dalam Shahih Bukhari Kitab Bad’ul Khalq bab Manaqib Qarabah Rasul.

Bahwa Rasulullah SAW bersabda”Fathimah adalah sebahagian daripadaku; barangsiapa ragu terhadapnya, berarti ragu terhadapku, dan membohonginya adalah membohongiku”

Hadis riwayat Bukhari dalam Shahih Bukhari kitab nikah bab Dzabb ar-Rajuli.

Keutamaan Imam Ali as

bahwa Rasulullah SAW bersabda “Ali bersama Al Quran dan Al Quran bersama Ali. Keduanya tidak akan berpisah hingga keduanya menemuiku di telaga Haudh”.

Hadis riwayat Al Hafidz Al Hakim dalam Mustadrak Ash Shahihain juz 3 hal 124. Hadis ini dishahihkan oleh Al Hakim dalam Mustadrak Ash Shahihain yang berkata ”ini hadis yang shahih tetapi keduanya (Bukhari dan Muslim) tidak meriwayatkannya”. Dalam Talkhis Mustadrak Adz Dzahabi juga mengakui keshahihan hadis ini.

bahwa Rasulullah SAW bersabda “barangsiapa taat kepadaKu, berarti ia taat kepada Allah dan siapa yang menentangKu berarti ia menentang Allah dan siapa yang taat kepada Ali berarti ia taat kepadaKu dan siapa yang menentang Ali berarti ia menentangKu.”

Hadis riwayat Al Hakim dalam Al Mustadrak juz 3 hal 121. Al Hakim dalam Al Mustadrak berkata hadis ini shahih sanadnya akan tetapi Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya. Adz Dzahabi juga mengakui kalau hadis ini shahih dalam Talkhis Al Mustadrak.

bahwa Rasulullah SAW bersabda” Kurasa seakan-akan aku segera akan dipanggil (Allah), dan segera pula memenuhi panggilan itu, Maka sesungguhnya aku meninggalkan padamu ats Tsaqalain. yang satu lebih besar (lebih agung) dari yang kedua : Yaitu kitab Allah dan Ittrahku. Jagalah Baik-baik kedua peninggalanku itu, sebab keduanya takkan berpisah sehingga berkumpul kembali denganku di al Haudh. Kemudian beliau berkata lagi: “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla adalah maulaku, dan aku adalah maula setiap Mu’min. Lalu beliau mengangkat tangan Ali Bin Abi Thalib sambil bersabda : Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka dia ini (Ali bin Abu Thalib) adalah juga maula baginya. Ya Allah, cintailah siapa yang mencintainya, dan musuhilah siapa yang memusuhinya..

Hadis riwayat Al Hakim dalam kitab Mustadrak As Shahihain, Juz III hal 109 . Menurut Al Hakim dalam kitab Al Mustadrak Hadis ini Shahih berdasarkan persyaratan Bukhari dan Muslim , pernyataan ini dibenarkan Adz Dzahabi dalam Talkhis Al Mustadrak.

Keutamaan Imam Hasan as dan Imam Husain as

Bahwa Rasulullah SAW bersabda”Hasan dan Husain adalah dua pemimpin Ahli Surga

Hadis riwayat Ahmad,Turmudzi dan Thabrani dalam Al Awsath dan Shahih Al Jami’ no 3180.

Bahwa Rasulullah SAW bersabda”Hasan dan Husain adalah dua pemimpin para pemuda penduduk surga dan Ayah Mereka lebih baik dari Mereka”.

Hadis shahih riwayat Ibnu Majah dan Al Hakim dinyatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilat As Shahihah no 796 dan Shahih Al Jami’ no 3182.

Bahwa Rasulullah SAW berdoa untuk Hasan”Ya Allah Aku sangat mencintai dan menyayangi Hasan maka cintai dan kasihilah Dia, serta cintai dan sayangilah orang yang mencintai dan menyayanginya”.

Hadis dalam Shahih Bukhari bab Manaqib Al Hasan wa Al Husain no 3749 dan Shahih Muslim bab Fadhail Al Hasan wa Al Husain no 2422.

Suatu ketika Nabi Muhammad SAW berdiri di atas mimbar dan Hasan ada di sampingnya. Beliau SAW menoleh ke arah Hasan dan sesaat kemudian menoleh ke arah kaum muslimin di hadapannya. Lalu Beliau SAW bersabda “AnakKu ini adalah seorang pemimpin. Semoga Allah menyelamatkan dua kelompok dari kaum muslimin dengan berkahnya”.

Hadis dalam Shahih Bukhari bab Manaqib Al Hasan wa Al Husain no 3746.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Husain adalah dariKu dan Aku dari Husain. Allah mencintai orang yang mencintainya. Husain adalah keturunan dari keturunan-keturunan Nabi.

Hadis riwayat Bukhari dalam Al Adab Al Mufrad, Turmudzi dalam Al Manaqib dan berkata hadis ini hasan. Syaikh Al Albani menyatakan hadis ini hasan dalam Shahih Al Jami’ no 3416.

Wednesday, May 5, 2010

RINDU

Merengkuh angkasamu
mengendap dalam kisi kisimu
meracun diri dengan rindu
mengutuk hari dengan cinta
memupuk asa dengan tinta
harap bahagia sewangi dupa
derap rasa kian meraja

Merindumu dari seberang lautan jiwa

Terbang dalam anganku
berenang dalam citaku
tergenang air mata
tetes demi tetes adalah rindu
detik demi detik adalah pilu
sendu mendayu rayu

Merindumu dari seberang samudera kalbu

Sunday, April 25, 2010

TENTANG AKAL

islam memandang tinggi kepada penggunaan akal dalam kehidupan manusia khususnya dalam memahami hal ehwal agama Allah terutamanya dalam usuluddin. Al-Kulaini meriwayatkan sebuah hadith dari Imam al-Sadiq AS seperti berikut:

"Sekumpulan sahabat-sahabat kami meriwayatkan dari Ahmad bin Muhammad dari ali ibn Hadid dari Samaah ib Mihran berkata: Aku sedang berada bersama-sama Imam Aba Abdillah AS. Beliau berada bersama-sama dengan jamaah pengikut-pengikutnya. Imam Aba Abdillah berkata:" Kenalilah akal dan tentera-tenteranya dan kenalilah kejahilan dan tentera-tenteranya. Seandainya kamu mengenalinya kamu akan mendapat petunjuk."

Berkata Sama'ah:" Semoga diriku menjadi tebusanmu, kami tidak mengetahui kecuali apa-apa yang anda ajarkan kepada kami." Berkata Aba Abdillah AS:

"Sesungguhnya Allah Azza Wa-Jalla telah menjadikan akal dari cahayaNya di sisi kanan ArasyNya dan ia (akal) itu adalah makhluk yang awal di antara ruh-ruh. Selepas kejadiannya Allah Tabaraka Wa-Ta'ala memerintahkannya pergi, akal menurut perintahNya. Kemudian Allah memerintahkan datang kepadaNya, akal menurut perintahNya. Kemudian Allah Tabaraka Wal-Ta'ala berfirman:" Telah Aku jadikan engkau makhluk yang agung dan Aku anugerahkan ke atas engkau karamah (kemuliaan) ke atas sekalian makhluk-makhlukKu."

Kemudian Allah menjadikan al-Jahlu (kejahilan) daripada lautan masin dan gelap dan memerintahkannya pergi. Al-Jahlu menurut perintahNya. Maka Allah memerintahkannya menemuiNya. Al-Jahlu enggan menurut perintahNya. Maka Allah berfirman:" Engkau angkuh," maka Allah melaknatnya.

Selepas itu Allah mengurniakan tujuh puluh lima bala tentera kepada akal. Apabila al-Jahlu menyaksikan Allah memuliakan akal dan bagaimana Allah mengurniakan pembantu-pembantu kepada akal maka rasa permusuhan lahir dalam dadanya dan al-jahlu berkata kepada Allah," Wahai Tuhanku! Akal adalah suatu kejadian yang sama sepertiku, maka Engkau memuliakannya dan juga menguatkannya dengan bala tentera dan aku adalah kebalikan darinya. Aku tidak diberi kekuatan untuk menandinginya, maka kurniakanlah kepada ku bala tentera seperti mana yang Engkau berikan kepada akal. Maka Allah menerima permintaannya itu dan berfirman:" Sekiranya kamu mengengkari perintahku sekali lagi Aku akan putuskan engkau dan tentera-tenteramu dari rahmatKu." Al-Jahlu berkata," Aku redha dengan perintahMu." Maka Allah mengurniakan 75 tentera pembantu kepada al-Jahlu.

"Al-Khair (kebaikan) adalah (wazir) pembantu kepada akal dan bertentangan dengan al-syar (kejahatan) dan itu adalah wazir kepada al-jahlu; al-iman adalah berlawanan kepada al-kufr; al-tasdiq (kepatuhan dalam hati adalah bertentangan kepada al-juhud (penolakan); al-raja' (harapan) adalah lawan kepada al-qanut (putus harap); al-adl (adil) adalah lawan kepada al-jawru (aniaya); al-redha lawan kepada al-suhtu (marah dan tidak suka); al-syukr (syukur) lawan kepada al-kafirun (menolak); al-tama' (optimisme) lawan kepada al-ya'su (pesimisme); al-tawakal lawan kepada al-qaswah (angkuh); al-rahmah lawan kepada al-ghadhib (marah); al-ilm berlawanan kepada al-jahlu; dan al-fahm (faham) lawan kepada al-hamaq (dungu); al-affah (menjauhkan diri daripada yang haram) lawan kepada haaltahtika (sifat tidak malu - mengerjakan yang haram); al-zahid lawan kepada al-raghbah (sifat suka dunia); al-rafiq (lemah-lembut) lawan kepada al-hariq (kebodohan dan kejanggalan); dan al-rahbah (takutkan Allah) lawan kepada al-juratu (berani menentang Allah); al-somtu (diam) lawan kepada al-hazir (sombong); dan al-istaslam (menyerah diri kepada Allah) lawan kepada al-istakbar (bongkak dan angkuh); al-taslim (menyerah) lawan kepada al-syakk (ragu-ragu); al-sobr lawan kepada al-jaza'u (tergesa-gesa); dan al-sofhu (ampun) lawan kepada al-intaqam (dendam); al-ghina (sifat memadai-puas hati) lawan kepada al-faqir (meminta-minta); dan al-tazakkir (mengingati Allah) lawan kepada alsahwa (lupa); dan al-hifzu (pemelihara) lawan kepada al-nisyan (pelupa dan tidak peduli); al-ta'attapa (cenderung dan simpati) lawan kepaa al-qati'ah (menyekat-mendinding); al-qanau' (puas dan rela) lawan kepada al-hirsu (tamak); dan al-mawaddah (kasih sayang) lawan kepada al-adawah (permusuhan); al-mauasah (konsolasi) lawan kepada al-mana' (menghalang); dan al-wafa' (kesetiaan) lawan kepada al-ghadar (belot); al-ta'ah (taat) lawan kepada al-ma'siyah (maksiat); al-khudu' (tunduk) lawan kepada al-tatawil (dominasi); al-salamah (keselamatan) lawan kepada al-bala'; dan al-habba (kasih sayang) lawan kepada al-bughdu (kebencian); dan al-sidqu (yang benar) lawan kepada al-kazab (pembohong); dal al-haq lawan kepada al-batil; dan al-amanah lawan kepada al-khianat; al-ikhlas lawan kepada al-syaubu (bercampur matlamat); al-syahamah (bijaksana dan berani) lawan kepada al-baladah (bodoh dan penakut); al-fahm (faham) lawan kepada al-ghabawah (bebal); dan al-ma'rifah lawan kepada al-ankar (engkar); al-mudarah (menjaga rahsia) lawan kepada al-mukasyafah (pembuka rahsia-belot); al-salamah (sejahtera) lawan kepada al-makarah (tipudaya); al-kitman (menutup rahsia) lawan kepada al-fasya' (berhamburan); dan al-solah lawan kepada al-adha'ah (mengabaikan solat); al-saum (berpuasa) lawan kepada al-iftar (gemar makan); al-jihad lawan kepada al-naklu (terbelenggu dari jihad); al-Hajj ( mengikat perjanjian kepada Allah iaitu tidak menyembah kecuali Allah)lawan kepada al-misaq (memungkiri perjanjia tersebut); al-saun (menjaga dan memelihara cerita-cerita orang lain) lawan kepada al-namimah (membuat cerita); dan al-biru al-walidani (berbuat baik kepada ibubapa) lawan kepada al-uquq (derhaka kepada ibubapa); al-haqiqah (realiti) lawan kepada al-riya" (pamer); al-ma'ruf lawan kepada mungkar; al-sitru (menutup diri) lawan kepada al-tabaraj (menunjuk); al-taqiyah (memelihara rahsia kepentingaan agama daripada musuh) lawan kepada al-iza'ah (penzahiran yang mengakibatkan kehilangan kerosakan); dan al-insaf (sedar akan kebenaran dan keadilan) lawan kepada al-hamiyyah (berat sebelah); al-tahiah (bercampur dalam masyarakat seperti mesra dalam hubungan sosial) lawan kepada al-baghyu (menentang); dan al-nuzafah (bersih) lawan kepada al-qazir (kotor); dan al-haya-u (bersopan) lawan kepada al-jala' (tidak sopan); al-qasdu (sederhana) lawan kepada al-udwan (melampau); dan al-raha (kesegaran hati) lawan kepada al-ta'abu (depresi - murung); dan al-sahalah (memudahkan) lawan kepada al-su'ubbah (menyukarkan); al-barakah (berkat - bertambah-tambah) lawan kepada al-mahku (hilang berkat dan binasa); dan al-afiat (keselamatan) lawan kepada al-bala' (malapetaka); dan al-qawam (keteguhan) lawan kepada al-mukathirah (banyak cakap); dan al-hikmah (bijaksana) lawan al-hawa' (mengikut hawa nafsu - cinta dunia); al-waqar (kehormatan) lawan kepada al-hiffah (sifat rendah akal budi); dan al-istighfar (memohon ampun) lawan kepada al-ightirar (tidak jujur dengan taubat); al-muhafizu (memelihara) lawan kepada ahaaltahawun (cuai dan abai); ak-du'a (berdoa kepada Allah SWT) lawan kepada al-istankafa (memandang rendah - mudah dan tidak mahu berdo'a); dan al-nasyyat (cergas) lawan kepada al-kasal (malas); al-farah (sukacita) lawan al-hazan (dukacaita); al-ulafah (mesra- berkawan, dan bersatu) lawan kepada al-furqah (berpecah-belah); dan al-saha'a (murah hati) lawan kepada al-bakhil (kedekut)."

"Maka semua sifat-sifat yang dikatakan itu akan menjadi pasukan tentera yang kuat dan bertenaga kepada akal dan semua sifat-sifat ini tidak akan berpadu ke dalam diri seseorang jua kecuali Nabi SAAW, wasinya AS, dan mu'min yang imannya telah diuji oleh Allah SWT. Dan tidak ada sahabat kepada kami (para Imam) yang tidak memiliki sifat-sifat tersebut tetapi memiliki sifat-sifat yang diperuntukkan kepada kejahilan sehingga dia membina akalnya ke arah kesempurnaan dan mengikis segala kelemahan yang lahir daripada kejahilan. Maka para peringkat ini dia dikurniakan darjat kemuliaan bersama dengan Nabi SAAW dan wasi-wasinya. Dan sesungguhnya dia mencapai kedudukan tersebut dengan makrifat al-akal dan tentera-tenteranya dan setelah menjauhkan dirinya daripada al-jahlu dan tentera-tenteranya. Dan semoga Allah mengurniakan kita kemampuan untuk taat kepadaNya dan mendapat redhaNya." [Al-Kafi, Kitab aqal wal-jahlu, hadith nombor ke-14].

Thursday, April 22, 2010

"dimana letak nikmatnya ?"

aku makan, lalu kenyang, dimana letak nikmatnya ? nikmatnya itu adalah saat lidah ku merasakan begitu banyak cita rasa, lalu ketika makanan mulai masuk kekerongkongan, ternyata dia hambar, hingga klimaks makananan itu pada akhirnya berupa rasa kenyang....tp kembali beberapa jam kemudian, rasa lapar bukankah kembali menyerang ? di mana rasa nikmatnya ?

saat tercekik dahaga, lalu menemukan segelas air, lalu meraih dan mereguknya dengan rakus, hingga haus itu lenyap, dimana letak nikmatnya, sedangkan beberapa minit kemudian dahaga kembali menyerang ?

harta yg melimpah, dimana letak nikmatnya ? sedangkan aku terus berusaha mencarinya, bahkan aku akan sibuk menjaganya, lantas dimana letak nikmatnya ?

kecantikan atau ketampanan, dimana letak kenikmatannya ? sementara waktu mengejarnya dan menjadikan diri ini tua dan kerepot, peot dan buruk...?

segala apa yang ku miliki sebagai kebahagaan dunia ini, dimana kah letak kenikmatannya ? sedangkan semuanya pasti akan ku tinggalkan dengan sebuah kematian ?

andai ku miliki semua yg ada di atas muka bumi ini, tidaklah akan menjadikan nikmat yg sempurna, melainkan hanya semu, karena kematian pasti akan menjemputku, dan memisahkan ku dgnnya...tapi kesempurnaan nikmat itu adalah menikmati dengan dipenuhi rasa syukuri atas apa yg ada padaku saat ini...

ternyata puncak nikmat itu sesungguhnya adalah rasa puas dan rasa syukur atas apa yg kau miliki, yg ku nikmati, dan ku raih kepada Sang Pemilik dan Pemberi Nikmat yg tiada terkira itu sendiri....

Saturday, April 17, 2010

Kisah Lukman al Hakim dan semangka




Lukman al Hakim memiliki rasa cinta yang amat dalam terhadap Allah, sehingga terpancar pada akhlaknya dan terlihat pada tingkahnya. Kebesarannya diabadikan lewat sebuah surah di dalam al Quran iaitu surah Lukman.

Lukman al Hakim pernah bekerja dengan seorang kaya, dan kemuliaan perilaku Lukman al Hakim memberikan kesan kepada Tuannya sedemikian rupa, hingga Tuannya menganggap beliau sebagai seorang sahabat yang besar dan mulia.Walaupun dia adalah Tuan kepada Lukman al Hakim, namun, dia seperti hamba kepada Lukman al Hakim, pekerjanya.

Adalah menjadi suatu kebiasaan baginya, setiap kali ia ada makanan yang istimewa dan lazat, ia akan memberikan makanan itu dahulu kepada Lukman al Hakim untuk dimakan, dan sesudah Lukman al Hakim selesai memakannya, barulah dia memakan apa yang berbaki.

Suatu ketika, waktu musim semangka, Sang Pengeran menerima kiriman semangka. Pada ketika itu, Lukman al Hakim tidak berada di situ. Sang Pengeran itu lalu mengirimkan budaknya untuk memanggil Lukman al Hakim. Ketika Lukman al Hakim tiba, Tuannya lalu memotong semangka itu kepada beberapa potongan, dan memberinya satu demi satu untuk dimakan oleh Lukman al Hakim. Ketika Lukman al Hakim memakan semangka itu sepotong demi sepotong, Tuannya berasa sangat bahagia atas rasa kasihnya terhadap Lukman al Hakim.

Lukman al Hakim memakan semangka itu dengan rasa senang sekali dan sepanjang masa mengucapkan terima kasihnya pada Tuannya atas perhatian yang besar itu. Apabila tinggal cuma sepotong saja lagi semangka itu, Sang Pangeran berkata, "Biarlah aku memakan semangka ini dan merasa sendiri betapa manisnya ia", lalu segera memasukkan semangka itu ke dalam mulutnya.

Segera ia merasakan kepahitan semangka itu di dalam tenggoroknya yang teramat sangat. Demikian pahitnya rasa semangka itu, Sang Pengeran terus jatuh pingsan selama sejam.

Ketika ia kembali sadar, ia lalu bertanya kepada Lukman al Hakim, "Wahai yang aku kasihi! Bagaimana engkau bisa memakan dengan penuh selera potongan-potongan semangka itu? Hanya sepotong saja yang aku makan membuatkan aku jatuh pingsan, lalu bagaiman engkau bisa makan semuanya?"

Lukman al Hakim menjawab, "Wahai sahabatku! Dari tanganmu, aku menerima begitu banyak kebaikan. Beban mengucapkan terima kasih kepadamu begitu besar buatku hingga ia membungkukkan tulangku. Makanya aku jadi malu, dari tangan yang telah banyak memberikan padaku kebaikan, mana mungkin hanya pada suatu saat, aku merasakan kepahitan, lalu aku terus berpaling? Wahai sahabatku! Kegembiraan mengetahui bahawa ia datang dari tanganmu telah menukarkan rasa pahit semangka itu menjadi manis buatku"

Pengajaran cerita:

Setiap saat kita menerima begitu banyak kebaikan dari Allah tanpa batasan, namun pada suatu saat, ketika kita tertimpa sedikit musibah, kita mengeluh dan hilang kesabaran.

Namun, ada orang yang diberikan hikmah, yang bisa memahami, bahawa jika mereka tertimpa musibah, mereka tetap ridha dan sabar dan bahkan bersyukur. Ada ketikanya mereka mendapatkan kekuatan dari pemahaman mereka dan sedar bahawa dunia ini ibarat rumah sakit dan manusia adalah pesakitnya. Ada ketikanya doktor memberikan kita ubat yang manis dan ada ketikanya doktor memberikan kita ubat yang pahit, namun pada kedua dua situasi, ianya mengandungi faedah dan kebaikan buat kita.

Begitulah juga dengan Allah, apapun juga yang kita terima dari hasanah maupun musibah, itu semua ada kebaikan dan hikmahnya yang tersembunyi...maka sewajarnyalah kita senantiasa menjadi hamba yang bersyukur padaNya

Friday, April 16, 2010

INGATLAH....

Seorang badwi bertanyakan beberapa persoalan kepada Junjungan Rasul saaw.

Badwi itu berkata, "Aku ingin menjadi orang yang paling alim"
Rasulullah saaw menjawab, "Takutlah kepada Allah"

Badwi itu berkata, "Aku ingin menjadi salah seorang dari yang istimewa di hadapan Allah" Rasulullah saaw menjawab, "Perbanyakkan membaca al Quran siang dan malam"
Badwi itu berkata, "Aku ingin hatiku agar senantiasa bercahaya"
Rasulullah saaw menjawab, "Senantiasa mengingati mati"

Badwi itu berkata, "Aku ingin senantiasa dibawah rahmatNya"
Rasulullah saaw menjawab, "Berlaku baiklah pada makhluk Allah"

Badwi itu berkata, "Aku berharap tiada bahaya musuh yang akan menimpaku"
Rasulullah saaw menjawab, "Sandarkan keyakinanmu kepada Allah"

Badwi itu berkata, "Aku berharap agar tidak dihinakan oleh manusia"
Rasulullah saaw menjawab, "Bertakwalah"

Badwi itu berkata, "Aku berharap usia yang panjang"
Rasulullah saaw menjawab, "Bersilaturrahmilah pada kerabatmu"

Badwi itu berkata, "Aku berharap rezekiku bertambah"
Rasulullah saaw menjawab, "Senantiasalah berwudu' "

Badwi itu berkata, "Aku berharap agar tidak dibakar oleh api neraka"
Rasulullah saaw menjawab, "Peliharalah mata dan lidahmu dari perkara yang dilarang"

Badwi itu berkata, "Aku ingin tahu apakah yang bisa membersihkan dosa"
Rasulullah saaw menjawab, "Merendah diri dan bertaubat dengan rasa rendah diri"

Badwi itu berkata, "Aku ingin menjadi orang yang paling bermaruah"
Rasulullah saaw menjawab, "Janganlah meminta apapun kepada manusia"

Badwi itu berkata, "Aku berharap agar tabir kesucianku tidak akan luntur"
Rasulullah saaw menjawab, "Jangan lunturkan tabir orang lain(jangan buka aibnya)"

Badwi itu berkata, "Aku berharap agar kuburku kelak tidak akan sempit (tidak disiksa)" Rasulullah saaw menjawab, "Selalulah membaca surah al Mulk"

Badwi itu berkata, "Aku berharap agar kekayaanku bertambah"
Rasulullah saaw menjawab, "Bacalah surah al Waqi'ah setiap malam"

Badwi itu berkata, "Aku berharapkan keselamatan pada hari perhitungan"
Rasulullah saaw menjawab, "Senantiasalah disibukan dengan mengingati Allah dari sore hingga saat tidur"
Badwi itu berkata, "Aku ingin merasakan kehadiran Allah saat solatku"
Rasulullah saaw menjawab, "Perhatikanlah bersungguh-sungguh saat engkau berwudu' " Badwi itu berkata, "Aku berharap menjadi yang utama"
Rasulullah saaw menjawab, "Amalkanlah kebenaran dan kejujuran"

Badwi itu berkata, "Aku berharap agar tidak disiksa di dalam kubur"
Rasulullah saaw menjawab, "Perhatikanlah agar pakaianmu senantiasa bersih"

Badwi itu berkata, "Aku berharap kitab catatanku senantiasa dipenuhi kebaikan dan bebas dari dosa" Rasulullah saaw menjawab, "Berbuat baiklah pada kedua orangtuamu"

Thursday, April 15, 2010

6 of 6

Rasulullah saaw bersabda, "Ini adalah enam ciri yang memerlukan enam kualiti:

1. Jika engkau ingin dicintai Allah, bertakwalah padaNya dan peliharalah dirimu dari dosa.

2. Jika engkau ingin dicintai manusia, bersikap baiklah dengan mereka dan jangan mengharapkan apa yang ada pada mereka.

3. Jika engkau ingin Allah menambahkan kekayaanmu, maka keluarkanlah zakatnya.

4. Jika engkau ingin Allah menyihatkan tubuhmu, perbanyakkanlah bersedekah.

5. Jika engkau ingin Allah memanjangkan usiamu, bersilatur rahimlah dengan kerabatmu

6. Dan jika engkau ingin bangkit bersamaku, panjangkanlah sujudmu dihadapan Allah, Penguasa Yang Esa.

Safinatul Bihar, jilid 1, hlm 599

Wednesday, April 14, 2010

DUST IS MY BED

dust is my bed,embracing me and is my cover,
the sands are around me,engulfing me from all direction,
and the thomb recover [the story of] the darknes of my calamity,
and the light has destined that my pleasure is in meeting [ALLAH],
the tomb to my corpse became both my land and my sky,
that my end........

Friday, April 9, 2010

semua kelas ade ni...




adakah gamba ini benar??
pada ku ya,bile tgk gamba ni tringt mase mude2 dulu...(da tue sangat ke??)mengenang kan nasib cikgu2 yg mengaja kitorang...hehe,asal masuk je mesti tension,time ni la penyakit darah tinggi dorang datang,macam2 la,sakit kepale,sakit pinggang...haha,tp ade gak yg lps ngaja nagis...haha....siap sumpah menyumpah...tp kitorang tetap sukses...ape2 pon time kasih kepada guru2 sekalian... :D

kpd cikgu yg penah mengaja aku dulu: SAYA MINTA MAAF...


ikhlas dari saya.......
(xxxxx xxxxxx)



haha....lambat plak ambik award ni,tp ape2 pon terima kasih kepada cik fieza fazri kerane memberi anugerah yg x ternilai ni...dan kepada mak ayah yg mendidik sy terime kasih....dan x lupe jugak kepada sume yg terlibat time kasih..
hahahah............berangan dapat anugerah oscar plak hehe ;p